11 February 2016

Izin

Zaman sekarang senang sangat untuk seseorang nak buat dosa terhadap insan yang lain. Terutama dalam chatting apps.

Bayang kan, senang je untuk mengumpat berkenaan orang lain dengan kawan (selalunya best friend) tanpa pengetahuan orang tersebut. Tanpa perasan yang anda sedang mengumpat. Tak fikir nanti susah nak mintak maaf kalau dah terlambat. Tambahan kalau orang tu tak nak maaf kan.

Perbualan anda dengan dia hanyalah exclusive antara anda dan dia. Jika anda printscreen perbualan tersebut dan share tanpa pengetahuan orang tu, well guess what, anda dah menceroboh hak privacy orang tu. 

No comments: